Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini membidas Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkait isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Tegasnya, Najib sepatutnya menghormati keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kabinet berhubung pengeluaran wang pencarum.